Monday, December 6, 2010

Petua makcik sengih2 jual kangkung

sekarang menunjukkan waktu 12.37 a.m.

itu bermakna aku masih tidak tidur macam baby2 yang lain. aku tidur macam kelawar yang tak ingat waktu tidur.

setelah bengang dengan banyak keadaan hari ni.. aku makan ubat clarinase. ubat resdung. resdung2 je malam2.. penat ah..

x menjadi jugak. alih2 aku pakai bedak sejuk tang hidung je.. haha.. macam cina sepet mana tah aku datang..







*lalok ubat resdung*

Takboleh tidur.

tiba2 lapar.. makan tomyam.


sedang aku meratah sup2 tomyam ayam.. sedap okey.

makcik jual kangkung tiba2 mencelah..

kalau nak bagi tomyam sedap, letak la air kepala eh.. kelapa.

kalau nak rebus itik, rebus dengan SUDU.   (apakah sudu memberi rasa besi?)



zat besi dah tuh ... T___T'''

kalau nak perap daging supaya jadi empuk, perap sekali dengan air kelapa..

                    
                                    kelapa lagi.


sedang aku tekun mendengar petua2 dari makcik jual kangkung, tiba2 BF dia call..

ciss.. bergayut la tuh..

mana la BF aku nih.. rindu walaupun dia duk dekat..

okey.. aku sayang BF aku.. jangan jeles..

kau pun ada orang yang kau sayang.. jangan ambik BF aku.. (^.^)y






p/s: kalau nak jadi chomel macam aku, korang kena ikut aku jadi sengal.. aku pun tak faham.. x matang2 aku ni.. kesian.. (T____T)'''

Friday, November 12, 2010

aku tahu tajuknya.. tapi simpan je lah

aku sebenarnya mencari sinar kebenaran yang sering dipertikaikan seluruh umat manusia di muka bumi ini.. Ya.. mungkin kamu pun sama bukan?

apakah yang ingin kamu cari?

apa yang ingin kamu serbu?

dan apa yang ingin kamu buktikan?

mengapakah kamu berbeza dengan ku?

aku tahu apa rasanya berada di dalam dua dunia berbeza

erkk..tiba2 macam duduk dalam dunia Son Goku

haha.. aku tahu akan ada yang tak suka entry sedih dan kegelapan aku ni..

hahahahahhahahahha .. okey... gelak sudah..

meh meluahkan...

adakah kita akan mempunyai pemimpin di Negara kita seperti dia?

beliau bukan sempurna..

namun beliau adalah pemimpin yang membuatkan aku rasa terharu..

okey fine.. tiba2 aku menjadi politikus..walaupun selama nih dunia politikuslahyangakuelaksampaibilabila

namun..akhirnya..

aku sudah melangkah ke arah yang ingin mengetahui sesuatu yang aku harus ketahui

dan bukannya percaya 100% tentang apa yang dipaparkan

namun ingin mempunyai ilmu supaya tidak akan terpedaya dengan segala tipu muslihat..

namun..adakah kamu seperti aku?

mungkin tidak...

aku bukan seorang pemolitik..

aku hanya insan kecil..

dimana sentiasa tidak sempurna

setiap hari hanya menambah dosa

dikala umur semakin mendekati penghujungnya

aku ingin menyatakan

aku rasa

aku mahu kamu.


aku tahu apa kamu fikirkan
aku suka baca catatan pasal beliau disini

aku juga suka disini


Ya.. aku ingin kamu.

Thursday, November 11, 2010

saya balik rumah nih

haha..simple je kan? aku saja nak bagitau korang morang pasal aku balik MIRI.. kekekekeke

aku balik2 je, ayah aku tunjuk gambar abang aku bertunang..

jeng jeng jeng

kedejeng kedejeng kedejeng

so what happen?

they are enggaged!!!

Congrats Bro!


okey : yang duduk is newly wed --> Moris & Debra
okey yang 2nd: yang berdiri is my Brother and his fiancee


Friday, October 29, 2010

nasik puteh ... (^.^) sila bayar hutang yang datang tiba2 dari langit

nasik puteh ..

sila buat tag itu.. haha..
wajib!



p/s: buat jawapan best2 sket...haha

Friday, October 22, 2010

hutang boneka ku bayar melalui Blog

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?
aku dan kasih sayang
.
2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit sendiri?
nasi lemak RM1.20
.
3. Dimanakah tempat anda ingin melangsungkan perkahwinan dan tema idaman anda?
nak simple tapi susah..duit akan melayang gak..flight punya tiket pun dah berapa ratus..aduhhh

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Ya. dengan semua orang aku bercinta.
.
5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
sampai hati mengatakan tidak pada Cinta
.
6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
Berakhir sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha
.
7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan kekasih anda?
panggung wayang dan kedai makan.
.
8. Apakah nama penuh anda?
Cik Hujan Chomel
.
 9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra?
Dulu Mak. Sekarang Ayah. Nanti dua2...aku kan ada kes..huhhuhu..ok fine. jangan sedih
.
10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda?
ada lah tuh....aku jumpa ramai orang kot..
.
11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Ya. kadang2 jer dobi..aku sangat rajin menyental baju..haha..gilo
.
12. Di manakah tempat yang betul-betul anda mahu pergi?
London!
.
13. Pilih satu, peluk atau cium?
aku tamak okey? Dua2 la mari!!
.
14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
dia sangat pelupa!! Ingat tak kes KLIA???
.
15. 5 benda yang anda sayang sangat dalam hidup anda?
1. cincin --> dad dan mami bagi...
2. Jam tangan Seiko --> dadi bagi
3. Laptop --> hantu internet dan game

4. D90 --> pinjam eh Rose Merah..haha
5. external Hard disk aku yang penuh dengan cerita mengarut tapi menarik.
16. 5 lagu yang anda suka dengar?

1. Bonamana - SUJU
2. Sungai Lui - Aizat --> lagu dia semua best2..
3. Drops Of Jupiter --> suka dengan Train
4. Third Eye Blind
5. okey la..aku suka semua jenis lagu kecuali yang hard core..aku tak boleh layan!
.
17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
0910. tahun lepas is disaster Birthday..This year best..Port Dickson ..hehe
.
18. 5 orang blogger yang anda mahu tag ?
1.  Frodo Baggins --> walaupun aku tahu dia x buat
2. Donny Gasah --> mesti!
3. melorna binus --> wajib!!!
4. dak maswaty!!!
5. Sang Bulan --> mesti tak baca nih..huh!
.
19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag
terihibur dengan cerita dia walaupun banyak sensored..huh!
.
.
.
jawapan2 adalah berkonsepkan JANJI JAWAB. 
sekian. 
.
.


p/s: sila terima surat cinta ku ni dengan hati terbuka...:)

Si Buta

mengapa aku disiksa?
apakah tujuan ia?
mungkinkah dia pernah dikecewakan cinta...?
dan aku menjadi mangsanya...


hari ni aku setadi...aku pegi setadi la sikit...kat library yang penuh dengan student student yang comel2 belaka...hahaha..balik dari library, aku setadi kat KFC dengan kesatria Rose Merah dan Kesatria Sapudak...
waktu aku tengah setadi pasal hidro, Kesatria Rose Merah tengok Movie kat external hard disk aku yang penuh dengan cerita2 mengarut menarik, si Kesatria Sapudak setadi pasal sustain dier, asyik tanya pasal bencana alam jer...


Sepanjang bercerita tentang bencana alam yang berlaku pada Bukit Antarabangsa dan Bukit beruntung..eh..Bukit Beruntung nyer masalah bukan pada bencana alam..hehehe..kami bercerita pasal ekonomi jugak yer..hehehe..teringat dimana Bukit Beruntung ingin dijadikan sebagai Petaling Jaya ke dua..hehehhe ..kalau tak silap la...huhuhuhu....


Tiba-tiba, sedang asyik melayan karenah masing-masing...muncul dua orang penjual tisu yang buta.. kalau bagi budak2 zaman sekarang, mereka adalah peminta sedekah...

Mereka datang ke arah kitorang..Kesatria Sapudak menghulurkan sekeping duit...tetapi tidak menerima tisu yang diberi...katanya...biar ajer la...tanak tisu...wow...riak mung sapudak!!!


okey fine..tanak ambik sudah...Pakcik tuh pun berlalu pergi...tiba-tiba...

Kesatria Rose Merah mengeluarkan statement...

" Bila ada orang datang menjual tisu ataupun kismis ker..dengan keadaanya buta..kita akan memberinya duit kan?"

" ha la...nape?"

" Lebih baik kita terima saja tisu dia tadi..."

" kenapa? tak perlu la...tisu ada banyak lagi nih..."

" Lebih baik kita jadikan apa yang dia lakukan itu sebagai bisnes..jangan jadikan dia sebagai peminta sedekah..."

aku dan kesatria Sapudak terdiam...

betul jugak ..


Just gone and stand there and watch me burn
i love the way u lie..

p/s: Tiba2 Sapudak cerita pasal dia jumpa pakcik minta sedekah baik kereta mercedes siap ada driver lagi,...wow..!! lebih kaya berbanding yang memberi..hehehhe

Wednesday, October 20, 2010

KeTeGaQ

ketegaq itu ape? aku rasa orang utara panggil ketegaq itu adalah degil...betul tak?
aku degil ...contohnya:

9 things i hate about being "KeTeGaQ"

1) kedai makan banyak dekat dengan rumah tapi tanak makan situ ..nak jugak makan jauh2..

2) disuruh study akan dibukanya Facebook dulu sebelum buku ilmiah..

3) disuruh jangan tidur lambat, nanti asma...buat jugak akhirnya...

4) bila disuruh duduk rumah, nak jugak ikut pegi tengok wayang...degil...

5) bila disuruh makan ubat, katanya ubat sangat tidak sedap...--> memang tak sedap pun..eeeerrkkk

6) tapi kalau mood nak duduk rumah, disuruh keluar pun dia tanak...tanak...

7) disuruh jangan main internet..tetap main...hidup macam susah takda internet...

8) disuruh jangan tengok TV...nak jugak...

9) bila semua yang pergi tuh lelaki, nak jugak ikutnya...agak sukar untuk hilangkan perasaan takutnya..


9 things i love being ME:

1) Nakal

2) Degil

3) Penyabar

4) Sukar Marah = bila marah = takkan tarik balik

5) Suka Gelak dan mampu menangani dugaan ...agak mampu...sebab Allah bagi ujian yang dia mampu hadapi

6) Sangat sensitif dan suka menilai seseorang..sebab naluri sangat kuat...aduhhhh..penat jadi macam ni

7) Agak budak2 bila semua orang disekelilingnya menjadi matang

8) Menjadi matang bila semua orang disekelilingnya kebudak budakan

9) Mudah tertarik dengan pelakon2 atau penyanyi lelaki...tunggu dia kawen nanti, pandai2 la dia tertarik dengan suami dia...gerenti suami dia jadi mangsa dia...hahahahhahahahha



p/s: sekarang tengah suka dengan kumpulan Super Junior... haih...mereka pun tak kenal kita..kita duk suka pulak...Jom Study..hehehe

Monday, October 18, 2010

Tertungkam

ketawa kecewa terpisah
jalan yang lurus kian berhalang
adakah semua ini yang  kau inginkan
ataupun hanya  mengejar dunia semata-mata
ku harap Kau masih percaya

Wassalam...Selamat pagi wahai manusia-manusia yang membaca belog aku...

Bila aku perhatikan gelagat2 manusia sejak akhir2 ni, aku rasa manusia makin Lose faith? hehe...Hilang semangat la...not lose faith yang lose faith tuh.....terdapat pelbagai cara untuk membuatkan kita hilang semangat..
Di antaranya adalah:

1) Bila putus cinta
--> yang nih paling hebat penangannya..sampai ada manusia boleh membunuh diri kerana putus cinta...dia kalah dengan perasaan itu kerana dia tidak yakin dengan dirinya dapat hidup tanpa cinta yang tidak kesampaian itu...sedangkan ramai jer boleh hidup dengan bahagia selepas putus cinta...kan aku dah cakap...don't you ever Lose Faith... kalau kamu putus cinta dengan seseorang...ada seorang lagi yang akan sayang padamu...Allah tak pernah putus harapan dalam memberikan  makhluknya kasih sayang...just SEARCH for it...

2) Bila Sahabat mengkhianati
--> Yang nih paling aku tak suka. Sebab aku tak suka khianati kawan aku sendiri. Yang mengkhianati kawan dia adalah seorang yang tidak layak digelar Kawan. Dia adalah seorang yang mudah hilang semangat.

3) Bila kita demam
--> time nih semua benda tak betul...makan tak sedap..mandi, air pulak sejuk...time nih rindu famili yang jauh dari sisi...aku tahu..kerana aku lebih jauh daripada familiku....aku....satu-satunya anak perempuan dan yang paling bongsu berada di perantauan...kadang2 aku pun tak faham macam mana aku boleh terlalu berdikari sebegini cara...dari kecik tak pandai berdikari...bila dah besar terus berada di tempat orang...membuatkan mak ayah aku risau..huhuhuhuhu...itulah aku...aku seorang yang pelik. Kesian my mum & dad.. Love them. oh man, I've got this feeling again...i want to cry..huhu

4) Bila kita sudah tidak percaya lagi
--> Pada Allah
--> Pada tuhan kamu
--> Cinta --> menjadi tidak setia = aku paling tidak suka

sehebat mana kamu...secantik mana kamu...bila perkara diatas melanda kamu...kamu akan tumbang..trust me..aku ada pesakit macam tuh...AKU contohnya..tapi tang bunuh diri tuh tak ler..aku nak hidup dowh..hehehehehe...aku bukanlah yang terbaik untuk kamu, kamu dan kamu...jika aku cakap aku sayang pada kamu...aku memang sayang..bila kamu tidak sayang padaku..aku tetap sayang...namun jika kamu rasa takut untuk mencintai aku, lebih baik jangan mencintai aku...aku adalah makhluk Allah yang sangat percaya akan wujudnya kasih sayang sebenar daripada manusia sebenar...


Tuhan kirimkan lah aku kekasih yang baik hati
yang mencintai aku dengan apa adanya
p/s: entry nih aku tujukan khas untuk AKU.. hehe..

Saturday, October 16, 2010

ungkapan semua rasa kemuncak

dan bila esok kita bertemu kembali
masihkah ada ruang untuk cinta yang dulu....

cewaaahh...

okey...hari ni aku nak bercerita sedikit...sedikit jer..banyak kali nanti kena bayar mahal..
menunggu sesuatu yang tidak pasti sangat menyeksakan...kan? kan?
hidup bersendirian tanpa sapa sangat sunyi...kesian....sebab tuh la kita perlu ada kawan...aku ramai gak kawan..hehehe..(nampak sangat nak promote)... aku ada seorang kawan baik..nama dia NURUL NADIAH a.k.a nanad..hahaha..itu cara aku panggil dia...orang lain tak panggil dia nanad..aku je. faham? Selepas tu, aku ada satu geng...geng bas skolah..hahahhaha...Norsiah, Syawaliza, Fazlina, Aynie, Nadiah dan Aku..
AKu tuh penting..ehhehehe...mereka adalah sahabat aku...


Pastu aku ada geng kecik..geng upin ipin... Aku, Irma Yusof dan Aina Salwa..kami suka gosip liar ...liar yang ada bukti..aduh...harap2 hapuskan kegiatan kami yang tak berfaedah ini..hehehhe..


Lepas tuh..aku ada geng2 lelaki.. yang akan mempertahankan aku bila2 masa...hehehe..mereka adalah permata aku...cewah...geng angkat barang time aku  pindah...tuh la nama geng tu..hahaha...Qamarul ketuanya..Safwan penolongnya...Syazwan bendahari...Nuar, samsul arif, pok cek, ihsan...ramai lagi aaaa....mereka adalah sahabat yang sangat sayangkan aku...ya..aku sayang mereka jugak..sori...gambar diorang ada tapi perlu tak aku letak? hahahhaha...nanti2 la yer..diorang adalah barang terhangat..

Bestfriend aku yang selalu berada jauh dari Aku iaitu Huzaifah...hahaha..dia kawan yang baik yer..yang akan menegur aku setiap kali aku start sesuatu yang perlu di"argue" ..hahahhaa...dia tempat rujukan aku..sebab aku suka rujuk dia..adeh..Hujung bulan October nih dia akan balik MALAYSIA..eyeyeye..boleh dia belanja aku minum ais kosong..ahhahaha

okey la..penat nak mention..nanti ada masa..aku letak nama korang lagi k..nak tido la..hahahhahhaha...

Exam aku start 26 October 2010 - 08 November 2010
Balik ke pangkuan Family 10 November 2010 - 16 November 2010 --> sekejap je kan..aduhh
20 November 2010 - 24 December 2010 --> survey camp kat PENANG...

p/s: okey la..I love You All

Friday, October 1, 2010

untuk sekejap saja

okey

BYE!!

esok aku nak pegi raub pahang

nak pegi camping....

see you soon


p/s: test x ambik...mimpilem x pegi...hati pun berbelah bahagi...aduhhhh


.................------..................-----.......................(*.*)y

Sunday, September 26, 2010

50 tahun lagi

---------------------------------------------------------
the time i spend with you                                         -----|    
before i know it, our date is come to end                 -----|
i don't want to leave                                                -----|
i just want to stop the time ..if i could                       -----|
                                                                              -----|
everytime, everyday, everything                              -----| 
even i don't say it                                                    -----|
you have a place in my heart                                   -----|
please don't leave                                                   -----|
                                                                              -----|
----------------------------------------------------------

Thursday, September 23, 2010

kenapa Angsa???!!!!

Okey ...rupanya ada jugak yang sanggup buat entry untuk aku
KLIK sini
 ---------------------iklan kejap-------------------------------




huissshhh....
sebut je angsa atau ayam
aku surrender...
aku memang takut nak pegi kejar atau tangkap ayam...(angsaTakperludikejarkot)


aku tak geli dengan cacing tanah...
aku tak geli dengan pacat...
tapi..aku geli dengan ayam yang masih bergerak bebas..hahaha...
aku rasa...
mungkin aku lebih takutkan ayam daripada aku takutkan HANTU
yekot..
sebab Ayam kejar..kang dia patuk aku.,...(nayajeakukenapatuksiotjekan)

okey2...sebenarnya aku nak cerita pasal di Angsa nih...(siayampulakenterpremmasukblogakuyangcomelini)

waktu aku makan KFC dengan 2 jejaka tampanku, mereka duk cerita pasal angsa
aku pun tak faham
starting pasal ayam KFC berlarutan sampai ke ANGSA ??
issskkkk


dorang kata TAHI (bulehjugakkalaukaunakpanggiktaik) ANGSA sangat berbisa
sebab tuh Ular pun takut dengan bau tahi angsa..
pastu, dorang kata angsa tuh bertindak macam anjing...
wow..anjing ada paruh...hehehhe

Bila malam, Angsa tidak tidur..
BELIAU menjaga ayam dan itik yang berkeliaran ...
wow...macam the guardian la pulak kan?


pakcik ros merah menceritakan kesah angsa Jiran dia...
jiranokehbukanmakcikjualaiskrimyangdatangbertandang
so..Jiran dia nih bela angsa, ayam, itik (kalautaksilapIlaitikadakot) -----> takpahamdiamdiamsudah
pakcik ros merah kata,
petang-petang je memang si Angsa akan menjaga si ayam dan si Itik
sampaikan ada sekor ayam tuh tak reti bahasa nak balik "rumah"
si Angsa nih setia menunggu kat depan pagar "rumah"
tunggu si ayam dengan setia
tunggu si ayam balik ke "Pangkal Jalan".....fffuuusssyoooo

iisskkkk..tengah tengah aku menaip nih ada pulak lagu Ana Rafali..(akutakingatspellingnamadia)
Hujan bunga di Kuala Lumpur
apakata pasnih ana buat lagu Hujan turun Pelangi Tunggu Turn?
hahahhaa....sori...out of limit sudah...
okeh fine..
back to the story please...

back to the si Angsa tunggu si ayam balik "rumah"
si Angsa nih tunggu jugak...(iskkkkk....takretiletihkesiAngsanih)
kalau la ada manusia sesetia Angsa nih...bak kat aku...aku mau ngorat...cewaaahh

pakcik ros merah memerhatikan si Angsa nih dengan tekun sekali...
akhirnya..pakcik ros merah pegi mencari ayamdegiltaktaubalikrumahtuh ....
bila dah jumpa, pakcik ros merah letak tepi si Angsa.
mula la si Angsa tuh duk menghalau si ayam masuk reban...ssyuuhh syyuhh..



quack...quack...quack...bising tol ANGSA ni...
walaupun bising tapi Berbaloi baloi..hahahhaa


p/s: Jangan Bela Angsa kat Apartment pulak.. tapi ramai je yang bela "AYAM" kat Kondominum sejak zaman zaman akhir zaman...hehehee

Monday, September 20, 2010

angel & the airwaves + Oasis + Greenday = GOAL!!!

chantekkanMIRIterchentakuini

The Adventure blown MY mind

Great....

She's Electric blown YOUR mind

Great too...

21 Guns blown OUR mind

Greatest Hits.....hihihi

GIS = Gilalah ini Subjek = Geographical information systems = Gila I Sudah

Bilakumeracaukusukaambikgambarlangit



sambil dengar lagu
sambil menaip kerja
sambil menaip blog
sambil menaip kata2 gila di fesbuk ku
dan
sambil sambil
ngorat pakwe
akusayangkaubabydegil

Feeewiiitttttt....tergoda pakwe tuh
cuma kurang satu jer...
Feel takda....hahahahhaa



okey fine...aku dah setelkan masalah aku..kau setelkan masalah kau..
Hidup penuh pancaroba
dan penyakit makin banyak


dan aku rasa
dah tiba masa untuk kita semua berfikir

kawan kawan...

GIS + Hydrography + Mandarin = tak siap lagi

apa lagi?


jom join aku .... menaip satu buku....

tak ke gila?




p/s: Fine... Nurul Nadiah..kau sila tido...kang migrain lagi teruk...(Khusus utk Bestfren gua) ..

Saturday, September 18, 2010

aku = hulkhogan

S**T...S**T...!!!

nah kau...kan dah mencarut... walaupun dengan menaip saja




aku dah mencarut dah...dah...mencarut dah...
dari kecik lagi aku tak pandai mencarut
bila dah besar mula start mengarut

nak aku luahkan secara zahir...aku tak pandai..
nak aku luahkan?
Persetankan amarah itu
kan itu amalan syaitan


tapi aku dah mencarut dah tadi..
mungkin bukan mencarut kategori GABAN korang la
tapi kategori aku...aku dah kira mencarut dah tuh

kalau mami aku dengar...kene cili mulut aku dowh..
anak dara mencarut...dah takde sopan santun...
erkk...kenapa sifat kelakian aku yang menyerlah?
suaraku serak macam lelaki ... ( nadyangbagitautimeakutalipondia)

mak aku salah timing lahirkan aku?
abang aku lebih bersifat keperempuanan?
tak...tak..abang aku HENSEM tahap gaban..(promote)
dia hensem dan sangat-sangat LELAKI
30 october nih nak bertunang...uyeah..(akutakbaliksebabtiketkesarawakmahal)

maybe mak aku mengidam anak lelaki time mengandungkan aku
sebab tuh muka aku x secomel perempuan lain
sebab tuh setiap lelaki yang aku jumpa sangat tidak setia

okey..aku dah lari dari topik asal..
kenapa aku mencarut hari ni?
sebab ada orang tak balas mesej aku..
ada orang tak angkat phonecall

kenapa aku perlu mengamuk?
mana taknyer aku mengamuk
phonecall aku penting ler..
kalau aku emergency
asma tengah menjenguk
nak minta tolong ke
tak ke mampus aku kat situ?

eh..eh..isskk..

tak baik...dah la nak minta tolong orang
duduk mencarut ngan orang tuh
siot ko...
tak ikhlas time minta tolong..

betul juga kan?
bila kita rasa kita diabaikan...
bila kita rasa orang tidak ikhlas dalam menolong kita
bak kata Cekgu Mandarin aku
Berdiri di atas kaki sendiri = BERDIKARI

mampus2 pun aku...aku tak menyusahkan sapa2..

ha...kan dah lega bila aku menaip amarah aku...
tak payah aku nak memerahkan muka aku untuk mengeluarkan amarah aku

sabar...sabar...

kawan2 aku cakap...Sabar itu Separuh daripada Iman...

jangan jadi HAMBA kepada MARAH

biar MARAH menjadi HAMBA kita..

Okey...aku yang bersalah kerana ingin menyusahkan mereka...
mungkin mereka sangat penat dalam menolong aku
maafkan aku kerna selalu menyusahkan korang

aku....

tak jadi nak jadi HULKHOGAN 






p/s:  tiba2 aku rindu kat sesorang..tapi aku kena simpan...biar Tuhan saja Tahu aku rindu sape..sebab orang tuh gerenti tanak aku rindu dia...

Sunday, September 5, 2010

Baca sampai Habis

Nyet : Papi...papi......jangan pijak air basah itu...nanti Nyet marah...

papi : ........

Nyet : papi..........papi... jangan pijak air basah itu......nanti Nyet LEMPANG..

Papi : eh....mana boleh Nyet lempang papi???

Nyet : Boleh jer...



p/s: Rindu Aqil Ammar & Aqil Darwisy
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

okey la..sekarang aku tengok kat TV...

busy dengan berhari raya

baguslah...sebab aku tak busy pun...

kenapa?

aku pun tak faham...

tapi macam selesa saja duduk rumah sewa nih saja

selalu raya rumah Famili Angkat

agak segan disitu selalu...

aku nak kemas rumah lepas nih

nak kemas yeyeye

bosan jer



-------------------------------------------------------------------------------------------

Donny Gasah Suruh aku balik

Don....Tiket mahal don...

lebih baik aku duduk rumah sewa nih je.....
Donny sebelah kanan nuh...yang kiri nih aku x kenal..
---------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan risau

aku tak sedih....

maka jangan la sedih untuk aku


----------------------------------------------------------------------------------------------

kawan aku yang bernama Huzaifah pun tak beraya lama dah kat Malaysia nih

Dia duduk Kaherah je...

Tapi tahun nih dia balik la...tahun nih jugak dia KONVO

Semua Exam dia lepas..Alhamdulillah...

Selamat Hari RAya Pah...

kamu beraya di perantauan...saya pun sama...

maka kamu jangan sedih walaupun saya tahu kamu sangat TOUCHING..

wakakaka

Balik Malaysia nanti...sila jadi Ustaz yang baik...

jangan asyik Touching saja...

Ya..kamu adalah kawan baik saya...

yang suka marah saya...muahahhaa...

yang suka nasihatkan saya...

dan saya sangat DEGIL

p/s: Okey..takda gambar dia...kot2 aku post nih pun dia marah agaknya..huhuhu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Anyway... Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua!!



Friday, September 3, 2010

mommy...i want some milk!!

mommy ...i want some milk!

wow...siot je ayat budak kecik nih..muhahahhaha..

tuh line movie GROWN UPS...

Mommy i want some milk....uyeah...nak cakap macam tuh la...

banyak2 kali nak cakap macam tuh

seronok2...hahahhaha

waktu kecik2 aku suka minum susu macam ni...aku lebih comel la


ramai budak2 suka menyusu dengan ibunya kan?

ada sorang budak nih...dia suka minum susu..sampai ke besar duk minum susu jer...tapi badan kecik jugak...still maintain beb...maintain...

umur dia dalam 2 tahun dah tak minum susu ibu...ibu dia bagi minum susu FORMULA
berFOrmula sungguh susu itu...Cap DUMEX siot....bila budak kecik tuh revise balik...banyak sungguh cawan-cawan FREE dari DUMEX...banyak Tin Dumex menghiasai almari dapur...bila dia minum susu botol...dia akan start memusingkan segala2 yang boleh dipusing termasuk rambut....alih2 selesai je minum susu, rambut dia pun selesai jadi PERM semulajadi..muahahhaha.....kusut siot....budak tuh selalu kena marah..dan dia diam saja...sebab dia suka pusing2 rambut dia..muahhahaha...ala....abang dia lagi hebat....lama siot minum susu ibu...adik dia pun kalah la....minum susu botol...tuh yang kecik je badan..ahhahhaahhaha.....

sekarang nih...budak tuh suka minum susu dari botol macam ni

lalalalalala....itu semua mami kepada budak kecik yang cakap taw...bukan aku..bukan aku...hehehehe


walaupun aku begini....masih begini...aku tetap suka pelangi...suka mencari mentari dalam hidup...


p/s: Donny ...kau minum susu sampai umur berapa? hahhahahha

Thursday, September 2, 2010

Siot ah....

ya.....


aku tahu...

aku tahu betapa susahnya untuk melupakan seseorang...

terutama bila kita sangat menyayanginya....

aku tahu sangat sedih bila mengenang masa silam....

aku tahu....

aku faham....

aku pernah mengalaminya...

dan selalu teringat......

kerna...

luka itu sentiasa ada......

sentiasa ada.....


jangan berfikir sangat mengenainya......


Hidup kena ceria


walaupun hati sedih.........


kepada sahabat2 ku yang pernah kecewa...


Jangan buang memory cinta itu.....

yang pedih itulah yang akan membuatkan kita lebih sayangkan orang lain dengan lebih baik...

yang pedih itulah yang memberi kita nafas untuk bercinta lagi....


ini pesanan ringkas dari qistina reny comel kepada kawan2 ku yang masih bersedih....(^.^)y


aku memang la meroyan....siot jer...tapi at least...aku try sayang orang lain....


ternyata aku tak boleh sayang orang lain before kawen agaknya...asyik FAILED jer..

bukan aku rejek..aku yang kene rejek..muahahhahahhaaha... siot jer....




p/s: walaupun aku takda kamera DSLR..
aku tak pandai ambik gambar sendiri...ternyata bukan fotogenik!

Wednesday, September 1, 2010

aku suka ceria sebenarnya

ya...aku suka keceriaan sebenarnya..


yang meroyan mungkin bukan diriku yang sebenar????


mungkin itu effect eh kesan daripada fobia ku pada masa lampau...


Radioaktif Sungguh jiwaku ini.....muhahahahhahahha


well..tiba-tiba aku terbaca blog best friend ku...


Ya...Donny Gasah  kat Sini ah!!


harap2 dia bahagia bersama awek nya..hehehe


harap2 dia jangan la selalu bawa awek makan tepi jalan saja...


kadang2 buleh la..jangan selalu...masak lah wei...hahahhaha...baru romantik



well..kawan aku dah bahagia...


maka..aku harus mencari kebahagiaan aku juga...


aku tidak ingin berada dalam takungan air HUJAN yang sentiasa penuh


aku ingin menjadi PELANGI yang tumbuh selepas HUJAN turun..




p/s: walaupun tiada kamera DSLR... 
aku suka ambik gambar yang bukan berasaskan muka COMEL aku

muahahahahahahha




Saturday, August 21, 2010

Pemandu bas yang comel

Atas nama cinta...
ku merana...
lalalallalallaa......gila..(tiba2 ku dengar lagu dalam laptop)

hahahahaha

anda seorang pemandu bas yang comel,  telah bergerak dari destinasi A pada pukul 8.00 malam.
Bas bergerak dari destinasi A ke B sebanyak 40 km.
kemudian Bas bergerak ke destinasi C sebanyak 50 km untuk menurukan beberapa penumpang... Tiba-tiba pemandu bas berhenti...teringat ada penumpang bas tertinggal di destinasi B....pemandu bas pusing semula ke destinasi B untuk mengambil penumpang tersebut.....kemudian meneruskan perjalanan ke Destinasi E sebanyak 100 km....akhirnya...Bas tersebut berhenti di destinasi dimana bas tersebut memulakan perjalanannya...iaitu destinasi A...

soalannya....: berapakah umur pemandu bas?

p/s: hahaha


Friday, August 13, 2010

Doa & Amalan ketika mengambil wudhuk



1) ketika berkumur niatlah "Ya Allah ampunkanlah dosa mulut dan lidahku."
*ini sebab kite hari2 mungkin bercakap perkara yg tidak berfaedah..



2) ketika
 membasuh muka niatlah "Ya Allah pancarkan nur di wajahku di akhirat kelak."
*hal ini kerana ahli syurga mukanya berseri2..



3) ketika
 membasuh tangan kanan niatlah " Ya Allah semoga aku menerima buku amalan ku pada hari akhirat dengan tangan kanan."
*ini adalah kerana ahli syurga menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan..



4) ketika
 membasuh tangan kiri niatlah " Ya Allah janganlah aku menerima buku amalanku di akhirat kelak dengan tangan kiri."
*ini adalah kerana ahli neraka menerima buku amalan mereka dengan tangan kiri..



5) ketika
 membasuh kepala niatlah " Ya Allah lindungilah aku dari panas terik matahari di padang Mahsyar."
*ini sebab mase diakhirat nanti panas dekat padang Mahsyar same mcm matahari sejengkal kat kepale kite..na'uzubillah..



6) ketika
 membasuh telinga kite niat "Ya Allah kau ampunilah segala dosa2 telingaku."
*hal ini kerana stiap hari kite mendengar perkara2 yg melalaikan..



7) ketika
 membasuh kaki kanan niatlah "Ya Allah permudahkanlah aku melalui titian sirat pada hari akhirat kelak."
*hal ini kerana ahli2 syurga dapat melalui titian sirat dengan pantas..



8) ketika
 membasuh kaki kiri pula niatlah "Ya Allah kau permudahkanlah aku pergi ke tempat2 yg berfaedah dan yg Engkau redhai."
*hal ini kerana qada' dan qadar kita di tngan Allah..




Sunday, August 8, 2010

Minda dan Jiwa ku yang agak sarat dengan kompleksitinya



semakin hari kompleks mindaku...
semakin hari semakin merapu ...
aku sedar bahawa diriku tidak sempurna....
aku sedar diriku hanya sebuah jasad yang mempunyai nyawa...
kadang-kadang ku fikirkan aku tidak akan mampu mengubah dunia ini...
namun...
aku pernah mengubah hidup hampir semua orang....
mungkin ada orang tidak faham....
ada orang tidak tahu....
apa yang aku lalui dengan apa yang mereka tahu, adalah berlainan sama sekali...
bukan aku bersedih...bukan aku ingin menangis...
airmata ini hanya untuk Allah s.w.t
biar apa pun mereka mengata tentang diriku...
aku sahaja tahu apa yang Allah bagi padaku...
jiwa ku meronta-ronta...
hati ku dihiris sembilu...
bila diriku ingin mencintai seseorang yang bernama LELAKI,
akan ada sesuatu yang akan menghalang...
Ya...mungkin Allah tahu...
apa yang terbaik untukku...
Dia tahu, aku tidak sesuai untuk berkasih sayang sebelum bernikah...waaaaa..ayat....hhhihihhiihi...SKEMA 
ya...setiap kali diriku cuba untuk mencintai seseorang, 
Naluri dan Firasatku menunjukkan sesuatu yang tidak menyenangkan...
Syaitan..syaitan...syaitan...
belum tiba masa...belum tiba masanya untuk diriku dicintai seorang Lelaki yang bergelar SUAMI.
aku tidak kemaruk....siapa yang tak ingin berumah tangga?
tetapi jika semua Lelaki hanya ingin menyedihkan hidup aku...
dimanakah lelaki yang akan bergelar SUAMI ku...?
Huzaifah Pernah mengajarkan sesuatu dalam hidupku...

P: u sehat?
Q: sehat ..alhamdulillah..P**...i sedih...
P: kenapa? ada orang buli u? 
Q: tak...i putus cinta...huhuhu
P: aisshh....cinta boleh putus? hahaha
Q: i serius la..
P: okey2..macam ni...u dah putus cinta kan?...so...sekarang nih...u simpan hati u..untuk SUAMI u saja...
Q: hurmmmm....
P: ingat taw...jangan bercinta bagai nak rak..kawen tak juga...lebih baik u tunggu Jodoh u..InsyaAllah suatu  
    hari nanti..U akan jumpa yang terbaik untuk diri u...
Q: Thanks P**....:)

mungkin ada yang mengatakan Hidup kena ENJOY...
ya...enjoy la...


cuma jangan sampai lupa Solat (peringatan untuk diri juga)..
jangan lupa berpuasa (kamu semua dah ganti belum????)
jangan lupa mengaji (rinduku pada PERKIM)
jangan suka tengking ibubapa (mak ayah aku jauh...jangan derhaka yer kawan2..)
cintailah sahabat seperti kau cintai diri sendiri..( i try my best...)

dan aku masih disini...
mencari kepastian dalam CINTA

 comel kan kalau aku pakai ini
hahaha

p/s: Selamat berpuasa wahai sahabat2 aku...semoga kita semua banyakkan beramal di Bulan Ramadhan yang akan menjelang tak lama lagi...maafkan aku jika terkasar bahasa...kerana aku sentiasa MEROYAN..hahaha...oopsss...sorry....:)

Tuesday, July 20, 2010

Syaitan...syaiton....Setan


Assalamualaikum 

Beli durian 6 Kilo
beli di pekan pukul sepuloh
pagi2 minum milo
saja aku ingin ucapkan Assalamualaikum dan Hello!

wahai sayang2 aku sedunia
kekeke
bajet aku banyak kasih sayang
hahahahhahaha
tapi memang aku banyak kasih sayang pun
kenapa?
kau jeles?
tak payah jeles la
nanti aku sayang kau jugak
hahahhahah

orite2
hari ni nak cakap pasal Syaitan
sikit je pasal syaitan
nak taw nape entry aku cakap pasal die?
sebab kemalasan aku nak pergi ke skolah telah kembali menular
dengan hebatnya aku malas pegi kelas
siot ah

Syaitan : wahai manusia, kelas dibatalkan hari ni
Q : yeker? bagus lah...esok batal juga ke?
Syaitan : yes...Of course 
Q : setan..pandai jugak kau berbahasa inggeris yer?
Syaitan : Kau ingat kau sorang je buleh pandai? kalau aku tak pandai, macam mana aku nak menyesatkan korang2 yang aku benci ni?

 Q: Fine..aku nak pegi kelas lah macam ni
Syaitan : kenapa? kan aku dah cakap, kelas batal.
Q: kelas memang la batal..ilmu tetap berjalan tanpa disedari...bongek.!
Syaitan : hurmmm....(kalah aku disebabkan ilmu)
p/s: Sebab tuh Allah s.w.t menyeru kita umat manusia mencari Ilmu...Hanya Ilmu saja yang mampu mengalahkan syaitan2 yang direjam...amin.

Wassalam
♥ ♥ ♥

Tuesday, July 13, 2010

saya suka pergi sekolah ♥ ♥ ♥ Part 1

andai bulan dipagar bintang 
lalalalala

minggu ni secara rasmi aku pergi sekolah
uyeah!!
♥ ♥ ♥
makcik ni cakap
hurmmm
hahhahahaa
rindu aku
kekekekeke
okey2
makcik ni cakap
kalau aku dekan
dia nak belanja aku pegi Jakarta
wow!
muahahhahaa
seronok2
dia bagi semangat
yang jarang kawan2 aku bagi
kekekeke
okey la
semester nih
kena belajar rajin-rajin
tak boleh main-main macam main batu seremban
kena buat betol2 macam main layang-layang
kalo salah langkah, terputus tali ...
muahahhahahha

semester ni
cinta2 tolak tepi la
wokeh?
wokeh tak? 
boleh sokong aku?
tak boleh kan?
hahahhahha
mana boleh lari bhai
Cinta itu Anugerah kot
aku belum jumpa yang sebetulnya lagi
masih lagi mencari yang sepatutnya

yela
aku skolah lagi kot
kalau time skolah dulu pun tak bercinta
buat pa bercinta sekarang?
kan?
hahahhahaha

tapi hati aku sehalus tisu
hahaha


~jangan start hal ni~
[ nadai guna ku nyimpan gambar nuan
ukai tau ngau berandau nyadi ka pangan
madah agik aku terus enda ingat ka nuan agi ]
~aku tanak jadi macam ni lagi~
[ udah aku baka buah nadai isi, nuan nyau enda ibuh ka aku agi
nuan jauh, jauh..nuan ngelari ka diri....
udah aku baka bungai nadai madu, nuan terebai nadai ketemu
nuan pergi, pergi lalu nadai pulai agi...]
okey2...aku sudah merapu..
aku nak cakap pasal skolah neh...gilo lari topik aku..huh

okey la...
nak dijadikan penyetart cerita ni...
aku kecik2 dulu suka pergi skolah
tak suka ponteng2 nih
yela...
kat skolah je aku ada kawan2
hahahahhaha

kalo kat rumah ada abang aje
mana ade kawan lain
asyik2 main layang2
main guli
mana de abang aku suka main masak2
ahhahaha

aku ingat lagi
Tadika:
skolah tadika cina
kena buli ngan amoi neh
asyik kena cubit jer
hurmm...ke aku yang cubit dia?
lupa
wakakakaka
anyway...she's still in my memory
Lim wei wei
putih pucat lesi kot
ayah die kawan ayah aku
ahahaha...
sorry uncle eugene...(^.^)y

darjah 1:
masuk skolah SRB chung hwa lutong
rasa nanges jer
skolah petang2
pening aku
nak tido je
hahahaa
mak aku rajin tunggu aku depan pintu
skejap je pun
seminggu kemudian aku dah tak nanges
aku kuat kan?
hahaha

Darjah 3:
okey
aku skip ke darjah 3 je la eh?
darjah 2 dah tak ingat la
hahaha

aku dah skolah pagi dah time darjah 3 ni
seronok
pastu ade lah kena injection ape tah
darjah 3 kot
lupa aku
patut tak buleh jadi doktor
hahaha

time darjah 3 nih aku dah pandai berani
skolah tetap rajin
cuma malas nak buat kerja skolah
asyik kena denda
kena rotan
seronok je
tak nanges wa cakap lu
hahahahaa

pastu
van skolah aku nih suka tinggalkan budak2 yang lambat
sedih aku 
hahahhaa
tapi tuh la pengalaman pertama aku
berjalan kaki balik dari skolah
gila kau
kau ingat aku tahu ke jalan pulang?
aku dan 2 kawan aku main belasah ajer pun
Lina & Elizabeth
dua2 dah kawen
dua2 dah beranak pinak
hahahha
aku je belum (T____T)'''

ayah aku punya la risau
dengan2 makcik2 van tuh sekali mencari kami
haha
aku pakai highway, ayah aku pakai subway
aku pakai subway, ayah aku pakai highway
hahaaahha

tapi bila dua2 kawan aku dah sampai rumah mereka
aku teruskan perjalanan aku sorang2
akhirnya ayah aku jumpa aku
hahahhaa
aku tak kena marah
sebaliknya
ayah aku terus bawa aku balik
suruh makan nasi
hahahahhaha

ayah aku sayang aku
kan?


see that tattoo?
muahahahha
my grandpa got something more like a tattoo
real tattoo
not like nowadays tattoo
full of colours
huh

 aku je anak perempuan die
yang paling degil
yang paling pelik
dan yang paling sayangkan famili

walaupun aku berlainan
aku tetap sayang family aku

hanya korang je tak faham
cara aku bukan cara korang
aku ada matlamat aku yang tersendiri
aku ada kasih sayang aku sendiri

korang nak judge..judge je la
ada Aku kesah??

okey2.
merapu sudah!
fine
sekarang nih..sampai disini
esok lusa aku sambung balik ok?
jangan degil2

esok kita pegi skolah....
selamat malam wahai sulu-sulu ku sayau 
♥ ♥ ♥
p/s: Goodnite and have a great day for everyday !!! dun be afraid...it's just Tuesday !