Friday, August 13, 2010
Doa & Amalan ketika mengambil wudhuk
1) ketika berkumur niatlah "Ya Allah ampunkanlah dosa mulut dan lidahku."
*ini sebab kite hari2 mungkin bercakap perkara yg tidak berfaedah..
2) ketika membasuh muka niatlah "Ya Allah pancarkan nur di wajahku di akhirat kelak."
*hal ini kerana ahli syurga mukanya berseri2..
3) ketika membasuh tangan kanan niatlah " Ya Allah semoga aku menerima buku amalan ku pada hari akhirat dengan tangan kanan."
*ini adalah kerana ahli syurga menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan..
4) ketika membasuh tangan kiri niatlah " Ya Allah janganlah aku menerima buku amalanku di akhirat kelak dengan tangan kiri."
*ini adalah kerana ahli neraka menerima buku amalan mereka dengan tangan kiri..
5) ketika membasuh kepala niatlah " Ya Allah lindungilah aku dari panas terik matahari di padang Mahsyar."
*ini sebab mase diakhirat nanti panas dekat padang Mahsyar same mcm matahari sejengkal kat kepale kite..na'uzubillah..
6) ketika membasuh telinga kite niat "Ya Allah kau ampunilah segala dosa2 telingaku."
*hal ini kerana stiap hari kite mendengar perkara2 yg melalaikan..
7) ketika membasuh kaki kanan niatlah "Ya Allah permudahkanlah aku melalui titian sirat pada hari akhirat kelak."
*hal ini kerana ahli2 syurga dapat melalui titian sirat dengan pantas..
8) ketika membasuh kaki kiri pula niatlah "Ya Allah kau permudahkanlah aku pergi ke tempat2 yg berfaedah dan yg Engkau redhai."
*hal ini kerana qada' dan qadar kita di tngan Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment