Monday, March 14, 2011

mari berkongsi (1)

sudah tiba masa untuk aku berkongsi cerita ...
hehe.. bukan cerita cinta aku yang pelik tetapi cerita hidup aku
hidup aku yang penuh dengan misteri ...(misteri..kah?)

sebenarnya bukanlah aku punya yang bermisteri..
aku cuma seorang gadis yang berWi-Fi tanpa tauliah..

waktu zaman dulu, aku tak pernah percaya akan makhluk ghaib yang lain selain dari kewujudan manusia.

cerita (1)

aku bukanlah seorang yang suka bergayut..(bukan mcm monyet)
tapi malam tuh kawan aku call sampai pukul 2 pagi..
kira-kira sejam kot kami berbual..

pada ketika itu, aku sebenarnya berada dalam kawasan hostel UiTM Perak..
Survey Camp katakan.. hehe (buruh kasar yang syok)

kembali pada cerita asal..
habis je aku berbual ngan kawan aku kat TALIPON,
aku rasa nak TERKENCING ler pulak kan?
aku jenis yang malas nak bangunkan si NANAD ..
kesian dia kang.. sedap sedap tido kena ganggu..(ngamuk la kawan nanti)
maka, aku pun pergi ke tandas sorang2..

aku conform pada waktu itu takda sorang pun kat KORIDOR
berani tahap cipan waktu tuh..
naseb baik semangat AGI IDUP AGI NGELABAN still ada dalam diri..
berani sikit je.. takut pun ada. haha
pukul dua pagi.. erm... seram sikit..

aku dengan selamba dengan rambut mengerbang masuk ke tandas..(lantak rupa macam apa)
aku pasti waktu itu tiada sesiapa kat belakang aku dan didepan aku sebelum masuk tandas..

memang aku pasti.. sebab aku bergayut kat KORIDOR..
aku tau la.. hehehe
lepas tuh.. aku masuk pintu bilik air..bukan tandas..
aku kan jenis lantak pi la..
bila aku masuk tandas pertama, tiba aku dengar ada orang masuk tandas kedua.. (aku baru je nak kunci pintu)
maka aku tak nampak sapa.. kaki pun x nampak.. (aku dengar bunyi selipar je)

aku tak tegur la.. gila per..
aku pun KENCING la..
aku tak dengar pun orang sebelah buat apa.. hurmmm

pastu.. abis je selesai.. aku balik ke bilik..
orang sebelah still tak keluar..
sampai sekarang aku tak tahu siapakah orang itu
makhluk ghaib atau manusia?

tapi aku yakin dia macam bukan manusia..
sebab bilik yang sebelah kiri bilik air (geng2 chah, lyn dan aynie)
bilik sebelah kanan bilik air ( mashi n the geng, aku, syawal, zack)

masalahnya.. dari pukul 1 sampai pukul 2 tak ada siapa pun lalu lalang.. semua tidur..
hanya aku yang bising.. (T__T)'''
kalau tak.. aku akan perasan siapa di belakang aku..sebab tandas itu sangat jauh ke depan..
tiba2 bila aku masuk tandas, dah ada orang masuk sebelah tandas aku..
kenapa kat KORIDOR tadi aku tak perasan?

p/s: kesimpulannya.. hanya Allah je tahu..

2 comments:

Frodo Baggins said...

cicak cicak di dinding pun
mau buang airr ... biarkan beliau

hahahhaha

Huj@n said...

frodo : hahaha.. cicak tade bunyi selipar lerrrr